PM ucap tahniah pada Jun Hoong & Pandelela

KUALA LUMPUR: Tahniah kepada jaguh terjun Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong yang menghadiahkan pingat emas ketiga buat kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel Gold Coast 2018.

Ucapan itu diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi akaun Twitternya hari ini.

“Tahniah @cheongjunhoong & @Pandelela_R ! Emas ketiga negara di #GC2018 ! #TeamMAS#NegarakuKebanggaanku,” katanya.

Gandingan penerjun elit kebangsaan itu mengumpul 328.08 mata berjaya merangkul pingat emas manakala pasangan Leong Mun Yee-Nur Dhabitah Sabri meraih gangsa dengan mengutip 308.16 mata.

Pingat perak disandang gandingan Kanada, Meaghan Benfeito-Caeli McKay dengan 312.12 mata.

FB Komen

comments