TMJ belanja rakyat keperluan dapur RM3,000

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, petang semalam beramah mesra bersama rakyat dan menanggung setiap pembelian pelanggan di sebuah pasar raya di sini.

Perkara itu menjadi tular di laman sosial.

Ada menyatakan Tunku Ismail membelanja setiap pelanggan sebanyak RM3,000 dengan jumlah keseluruhan perbelanjaan bernilai RM1 juta.

Beberapa gambar turut dimuat naik dalam laman sosial menunjukkan kemeriahan pelanggan membeli dan memenuhkan troli mereka di pusat beli belah berkenaan.

Bagaimanapun, kenyataan dimuat naik dalam laman rasmi Johor Southern Tigers tidak menyatakan jumlah sebenar perbelanjaan itu.

Ia memaklumkan Tunku Ismail ke pusat beli-belah itu dan Baginda secara spontan beramah mesra bersama rakyat yang membeli keperluan asas sebelum mengatakan semua perbelanjaan mereka ditanggung sepenuhnya hari ini oleh Baginda.

“Saya bukan ahli politik, saya tidak memerlukan undi.

“Tetapi saya ikhlas menyayangi rakyat saya. Sentiasa bersama anda bangsa Johor,” titah Tunku Ismail dalam kenyataan itu.

FB Komen

comments