Lee Chong Wei raih emas Sukan Komanwel 2018

KUALA LUMPUR: Pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya meraih emas acara individu lelaki Sukan Komanwel 2018, sebentar tadi.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Pusat Sukan Carrara, Gold Coast tadi, dia mengalahkan pemain no. 1 dunia dari India, Srikanth Kitambi, 19-21, 21-14, 21-14 dalam perlawanan yang berlangsung selama 61 minit.

FB Komen

comments