KL sekat hajat Pahang

KUALA LUMPUR: Biarpun kembali ke tangga kedua liga, keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Dollah Salleh kini ketinggalan empat mata di belakang JDT dan berkongsi 11 mata dengan pasukan di kedudukan ketiga, Terengganu.

Bagi Kuala Lumpur, satu mata diraih di gelanggang sendiri itu menyaksikan mereka kekal di kedudukan kelapan dengan mengumpul tujuh mata selepas enam perlawanan.

Pada aksi sebentar tadi, Guilherme De Paula terlebih dahulu menceriakan penyokong tuan rumah apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-10,

Kapten Kuala Lumpur, Indra Putra Mahayuddin kembali meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-39 selepas tenang menolak masuk bola umpanan De Paula.

Pahang terpaksa menunggu hingga minit ke-60 untuk sekali lagi mengikat kedudukan hasil rembatan cantik R Kogileswaran dari luar kotak penalti yang memerangkap penjaga gol Kuala Lumpur, Khatul Anuar Md Jalil.

Tonggak pertahanan, Muslim Ahmad hampir meletakkan Pahang di depan pada minit ke-78, namun sepakan percumanya hanya sedikit melepasi palang gol. Kedudukan 2-2 kekal hingga wisel penamat.

FB Komen

comments