Mengaku ‘tuai’ remaja lelaki bawah umur?

Viral di media sosial pengakuan berani dari seorang lelaki bernama Hakimi mengaku telah ‘menuai’ seorang remaja lelaki berusia 14 tahun, mencetuskan kemarahan netizen.

Hakimi Captainzr Hafizi melalui Facebooknya memuat naik gambar bersama remaja berkenaan dalam Facebook ‘Group Anak Ikan’ dengan kapsyen,

“Dapat emergency call dari budak ini. Minta balik Kuantan cepat. Maybe dia yakin dah boleh dituai kot. Yeahhh, tunggu abang,” tulisnya.

Ada beberapa ahli group berkenaan juga memberikan respon yang agak menjelikkan dan segelintir mengaku turut mempunyai ‘anak ikan’ berusia 14 tahun.

Ekoran viral itu juga, pengendali laman Komuniti Harmoni Kita telah membuat satu laporan di Balai Polis Sri Damansara dan menggesa pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pengendali dan ahli-ahli Facebook ‘Group Anak Ikan’ yang didakwa mempromosikan aktiviti pedofilia di Facebook.

Pengendali laman berkenaan juga memohon pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap pengendali laman berkenaan.

FB Komen

comments