PAS Kelantan rehatkan ADUN Kelaboran

TUMPAT: PAS Kelantan baru-baru ini mengesahkan penyandang kerusi DUN Kelaboran Mohamad Zaki Ibrahim tidak akan bertanding bagi kerusi berkenaan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini atas hujah direhatkan.

Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata perkara itu diputuskan PAS Pusat selepas PAS Kelantan menyerahkan senarai calon untuk disemak oleh badan berkenaan baru-baru ini.

“Apabila jemaah (PAS Pusat) memutuskan seseorang itu direhatkan, kita rehatkanlah. Samalah dalam kes Mohamad Zaki ini antara senarai yang direhatkan, bukan digugurkan.

“Kerehatan ini diberikan untuk kebaikan dia. Maka kita sebagai ahli jemaah hendaklah mematuhi arahan daripada jemaah dan saya sebagai pesuruhjaya (PAS Kelantan) kena akur atas kehendak jemaah (PAS Pusat),” katanya.

FB Komen

comments