PAS sah tanding lebih 150 kerusi

SHAH ALAM: PAS bertekad mahu menjadi ‘king maker’ pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) apabila mengesahkan bertanding dilebih 150 kerusi Parlimen dan sebahagian besar daripada 587 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak.

Perkara itu diberitahu Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan, selepas parti itu mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Harian yang dipengerusikan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pengesahan sekaligus menunjukkan bahawa jumlah kerusi ditandingi PAS adalah yang terbanyak, malah melebihi Umno yang hanya bertanding 121 kerusi pada PRU13.

Dalam mesyuarat yang diadakan semalam itu juga turut mengumumkan mengenai parti itu telah memuktamadkan 95 peratus calon mereka.

“Bagi Parlimen, PAS mengesahkan akan bertanding melebihi 150 kerusi di samping sebahagian besar kerusi DUN di setiap negeri.

“Majlis pengisytiharan calon PAS akan diadakan serentak di seluruh negara pada 19 April ini, kecuali Sabah dan Sarawak (21 April) dan Kelantan (25 April),” katanya dalam kenyataan.

FB Komen

comments