PM jumpa penyandang ahli Parlimen BN

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dilaporkan membuat pertemuan dengan dengan penyandang-penyandang kerusi Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) bagi membincangkan mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Yang turut kelihatan memasuki kompleks tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam dan Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Utusan Malaysia melaporkan, kesemua ahli Parlimen tersebut tiba sekitar pukul 8 pagi di Kompleks Perdana.

Difahamkan pertemuan tersebut dibuat oleh Perdana Menteri bagi mengucapkan penghargaan kepada kesemua penyandang kerusi tersebut sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Dalam pada itu, Isa yang juga penyandang ahli Parlimen Jempol dilihat keluar dari kompleks tersebut pada pukul 10 pagi.

Usaha pihak media untuk menebual beliau bagaimanapun gagal selepas kereta jenis Mercedez-Benz dinaikinya tidak berhenti apabila disapa.

FB Komen

comments