PPBM tanding enam kerusi Parlimen, sembilan DUN di Pahang

TEMERLOH: PPBM hari ini mengumumkan bertanding di enam kerusi Parlimen dan sembilan kerusi DUN di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Enam kerusi Parlimen yang ditandingi parti itu ialah di Lipis, Jerantut, Paya Besar, Pekan, Maran dan Kuala Krau.
Kerusi-kerusi DUN pula ialah Padang Tengku, Tahan, Peramu Jaya, Bebar, Chenor, Jenderak, Kemayan, Bukit Ibam dan Muadzam Shah.
Pengumuman yang dibuat Pengerusi Perhubungan PPBM negeri, Wan Mohd. Shaharir Wan Abdul Jalil itu menyaksikan PPBM meletakkan Ketua Bahagian Indera Mahkota, Kamarul Ariffin Mohd Shahar bertanding di Parlimen Pekan yang disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Calon-calon kerusi Parlimen lain ialah Timbalan Ketua PPBM Lipis, Ahmad Pozi Yahaya diletakkan bertanding di Lipis; Wan Mohd Shaharir (Jerantut); Exco Pemuda PPBM Pusat, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir (Paya Besar); Ahmad Farid Ahmad Nordin (Maran) dan Mohamad Rafidee Hashim di Kuala Krau.
Bagi DUN pula, Timbalan Pengerusi PPBM negeri, Datuk Salim Abdul Majid diletakkan bertanding di DUN Peramu Jaya; AJK PPBM Lipis, Alias Abdul Rahman (Padang Tengku), Nordin Samat (Tahan), Naib Ketua Bahagian Kuantan, Afif Syirol Abdul Rahman (Bebar), Ketua Srikandi PPBM, Zuliana Mohamed (Chenor), Faizah Baharom (Jenderak); Mohamed Jidi Yaakob (Kemayan); Zulkarnain Mohamad Ridzun (Bukit Ibam) dan Muadzam Shah akan ditandingi Ketua Penerangan PPBM, Osman A Bakar.

FB Komen

comments