Sekumpulan lelaki pasang bendera parti di bukit, tersekat

GOMBAK: Sekumpulan 20 lelaki terpaksa mendapatkan bantuan menuruni bukit Batu Caves pada malam Ahad selepas mendakinya bagi memasang bendera sebuah parti politik di puncak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, berkata mereka berusia antara 20 hingga 70 tahun dikatakan mendaki bukit itu pada jam 9.30 pagi, namun tidak dapat turun semula berikutan hari sudah gelap dan lampu pula kehabisan bateri.

“Bagaimanapun, seorang daripada mereka berjaya menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan,” katanya dipetik sebagai berkata.

Susulan itu, katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, BBP Gombak, BBP Serdang serta BBP Kepong tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 10 malam untuk operasi mencari dan menyelamat.

Beliau berkata, semua mangsa terbabit kemudian berjaya dibawa turun pada jam 12.30 tengah malam tadi.

FB Komen

comments