PM: Nilai masa depan negara dengan fakta

KUALA LUMPUR: Rakyat disaran menentukan masa depan negara mengikut fakta dan bukannya berita palsu, penipuan, propaganda, janji palsu dan ilusi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, sebuah kerajaan yang melindungi rakyatnya daripada bencana penyebaran berita palsu, kerajaan mengambil pendekatan untuk meluluskan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 bagi menangani masalah berkenaan.

“Ia (berita palsu) boleh menggugat keselamatan negara dan kita sudah melihat banyak contoh di seluruh dunia di mana, (tindakan) yang bertentangan dengan dasar Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN), berita palsu digunakan oleh kuasa luar sebagai alat campur tangan.

“Peliknya, terdapat sesetengah pemimpin pembangkang yang kini mengalu-alukan (campur tangan ini) tetapi sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, saya boleh katakan kerajaan pimpinan saya tidak akan membenarkan campur tangan asing.

“Kami tidak akan berkompromi kedaulatan negara ini dengan membenarkan negara atau individu lain memberitahu kami apa yang perlu dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama Forum Putrajaya 2018 bersempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2018 di sini, sebentar tadi.

FB Komen

comments