RM547 juta projek luar bandar di Kedah

SUNGAI PETANI: Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata antara projek yang mendapat peruntukan terbesar adalah lima projek Jalan Luar Bandar (JALB) yang berjumlah RM135 juta dan projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) sebanyak RM50.7 juta.

Projek lain termasuk jaringan Jalan Tepi Sungai Muda dari Simpang Pokok Machang ke Kuala Sin di Kuala Muda (RM38 juta) dan menaiktaraf Jalan Padang Sera/Siputeh di daerah Kubang Pasu (RM15 juta).

“Sebahagian daripada projek berkenaan sudah siap,” katanya pada majlis pecah tanah Projek Jalan Luar Bandar dari Simpang Pokok Machang ke Kuala Sin di Bukit Selambau di sini, hari ini.

Antara projek BALB yang dilaksanakan ialah BALB Sistem Retikulasi Tahun 2015 Negeri Kedah dengan kos RM 5.2 juta, BALB di daerah Padang Terap-Pakej A (RM7.5 juta), BALB di daerah Padang Terap- Pakej B (RM9.8 juta) dan BALB di daerah Padang Terap-Pakej C (RM8.25 juta).

Ismail berkata kementeriannya turut melaksanakan 25 projek BALB yang dilaksanakan secara sebut harga bernilai RM7.2 juta, bertujuan mempercepatkan penyambungan paip retikulasi bagi capaian pengguna kepada bekalan air bersih.

Mengenai projek yang dirasmikan pagi tadi, Ismail Sabri berkata projek itu akan bermula selewat-lewatnya Ogos depan selepas proses reka bentuk dan pengambilan balik tanah selesai.

Projek pembinaan jalan raya sepanjang 7.6 kilometer itu dijangka siap pada tahun 2020.

FB Komen

comments