Tabung Haji tak bayar hutang 1MDB

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menafikan dakwaan pembelian tanah di pusat kewangan, Tun Razak Exchange (TRX) sebagai cubaan pengurus dana haji itu untuk membantu membayar hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Sebaliknya Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, ia sebagai satu pelaburan untuk jangka masa panjang.

Malah beliau menjelaskan, pembelian tanah di TRX bukan untuk menghilangkan wang para pendeposit tetapi ia memberi pulang pelaburan yang baik kepada Tabung Haji dan para pendepositnya.

Katanya, ini kerana harga tanah yang dibeli adalah di bawah harga pasaran dan ia menjadi aset Tabung Haji.

“Harga belian pada tahun 2015 adalah RM189 juta atau RM2,774 kaki persegi, Sekarang, nilai tanah di TRX telah meningkat kepada RM205 juta atau RM3,002 kaki persegi.
“Peningkatan sebanyak 8.2 peratus berbanding harga belian. Tabung Haji sudah pun untung,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas isu yang tular yang dibawa oleh DAP di media sosial mengenai pembelian tanah Tabung Haji di TRX adalah untuk membayar hutang-hutang 1MDB.

FB Komen

comments