Kumpulan KRU bubar 6 Mei

KUALA LUMPUR: Kumpulan popular KRU akan dibubar pada malam akhir Konsert Gergasi 25 KRU di Istana Budaya, 6 Mei ini.

Anggota kumpulan Yusri Abdul Halim, 44, berkata mereka akan merangkumkan “25 tahun penglibatan” dalam industri muzik pada persembahan itu.

“Kami akan membubarkan KRU pada malam terakhir konsert itu,” kata suami pelakon Lisa Surihani, lapor Utusan Online.

Ditubuhkan pada 1992, kumpulan adik beradik itu bakal melancarkan lagu baru sebagai tanda selamat tinggal.

Lagu baru bertajuk Tahan Lama bakal terbit pada 30 April nanti.

Selain Yusri, KRU nama singkatan Kumpulan Rap Unik turut dianggotai Norman Abdul Halim dan Edry Abdul Halim.

Terkenal dengan lagu Mengerti, KRU pernah masuk Malaysia Book of Records kerana berduet dengan artis yang telah meninggal dunia, P Ramlee.

FB Komen

comments