Calon PPBM DUN Benut tarik diri

PONTIAN: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM dan Naib Ketua Bahagian PPBM Pulai, Najwah Halimah Ab. Alim menarik diri bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau mendakwa, keputusan tersebut tidak dipengaruhi mana-mana pihak dan dilakukan bagi memastikan kemenangan gabungan pembangkang PKR pada PRU-14.

“Apabila nama saya diumumkan sebagai calon DUN Benut, berlaku sedikit kecelaruan. Saya rasa, saya tidak akan membantu kejayaan parti.

“Malam itu (hari pengumuman calon), saya terus maklumkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden PPBM) bahawa sebelum menerima keputusan (menjadi calon), saya perlu berjumpa dengan Ketua PPBM Bahagian Pontian, Zulkifli Tasrep, terlebih dahulu, lapor Utusan Online.

“Beberapa faktor diambil sebelum saya mengambil keputusan ini (menarik diri) iaitu saya diajar untuk tidak mengambil apa yang bukan hak, faktor gerak kerja orang tempatan sebelum ini dan bagaimana saya yang berasal dari Kempas dapat memahami sentimen penduduk di Benut.

“Apa yang paling penting kita hanya tinggal beberapa hari sebelum tarikh penamaan calon dan pengundian. PPBM tidak mampu untuk berpecah-belah pada saat getir begini dan kepentingan parti perlu diutamakan,” katanya da\lam satu kenyataan baru-baru ini.

Najwah Halimah sebelum ini diumumkan PPBM sebagai seorang daripada 18 calon parti tersebut yang akan bertanding kerusi DUN negeri ini.

FB Komen

comments