1,153 pesawah terima bantuan khas

TANJONG KARANG: Seramai 1,153 pesawah di Parlimen ini lega selepas menerima bantuan khas sebanyak RM600, hari ini, seperti diumumkan pada Bajet 2018 lalu.

Bagi Arbaiyah Daud, 68, sumbangan itu akan digunakan sebaiknya bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga sementara menunggu musim menuai padi.

Beliau berkata, kebanyakan pesawah berdepan masalah kewangan, terutama selepas musim menanam padi dan bantuan itu sememangnya ditunggu-tunggu.

“Padi mengambil masa lebih tiga bulan baru boleh dituai, dan sementara menunggu padi masak, ada antara kami terpaksa melakukan kerja lain seperti menanam sayur.

“Malah, ada yang ke laut menjadi nelayan disebabkan tiada pendapatan sampingan.

“Jadi, dengan adanya bantuan ini, ia membantu pesawah dari segi keperluan harian dan urusan lain termasuk membeli racun dan baja untuk tanaman padi,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Semua pesawah yang berdaftar dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjong Karang menerima sumbangan itu pada satu majlis di Tali Air Satu, Sungai Burong, lapor BH Online hari ini.

Turut hadir majlis berkenaan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar yang juga calon Parlimen Barisan Nasional (BN) Tanjong Karang.

Seramai 8,043 pesawah di Selangor akan menerima manfaat daripada penyaluran bantuan berkenaan.

Dalam pada itu, beliau (Noh) berkata, bantuan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu membuktikan Kerajaan Persekutuan memahami keluh-kesah yang dialami penduduk.

“Kalau nelayan boleh dapat bantuan, kita beri juga kepada pesawah, kerana kita faham apa kesusahan yang dilalui mereka sementara menunggu tuaian padi,” katanya.

TANJONG KARANG: Seramai 1,153 pesawah di Parlimen ini lega selepas menerima bantuan khas sebanyak RM600, hari ini, seperti diumumkan pada Bajet 2018 lalu.

Bagi Arbaiyah Daud, 68, sumbangan itu akan digunakan sebaiknya bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga sementara menunggu musim menuai padi.

Beliau berkata, kebanyakan pesawah berdepan masalah kewangan, terutama selepas musim menanam padi dan bantuan itu sememangnya ditunggu-tunggu.

“Padi mengambil masa lebih tiga bulan baru boleh dituai, dan sementara menunggu padi masak, ada antara kami terpaksa melakukan kerja lain seperti menanam sayur.

“Malah, ada yang ke laut menjadi nelayan disebabkan tiada pendapatan sampingan.

“Jadi, dengan adanya bantuan ini, ia membantu pesawah dari segi keperluan harian dan urusan lain termasuk membeli racun dan baja untuk tanaman padi,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Semua pesawah yang berdaftar dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjong Karang menerima sumbangan itu pada satu majlis di Tali Air Satu, Sungai Burong, lapor BH Online.

Seramai 8,043 pesawah di Selangor akan menerima manfaat daripada penyaluran bantuan berkenaan.

FB Komen

comments