Najib minta rakyat pilih parti bawa kehidupan lebih baik

SANDAKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat berfikir secara bijak dan rasional dengan memilih parti yang boleh menjadikan hidup mereka lebih baik pada masa akan datang.

Beliau berkata kriteria yang perlu diberi perhatian adalah tidak harus memilih pihak yang memainkan emosi, slogan, menabur fitnah dan mengejar agenda peribadi.

“Itu bukan kriteria yang baik sebab itu kena guna akal fikiran untuk memilih siapa yang boleh menjadikan hidup lebih baik pada masa datang.

“Menyokong Barisan Nasional (BN) sebab kita semua tahu bahawa dalam pilihan raya, kita (kena) pilih apakah ukurannya, apakah kriterianya,” katanya pada majlis perasmian Sekolah Kebangsaan Bahagia di Batu Sapi dekat sini, lapor Utusan Online.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, calon BN di kawasan Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin, calon BN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong Datuk Samsudin Yahya dan calon BN DUN Karamunting Lim Kai Ming pada Pilihan Raya Umum Ke-14

FB Komen

comments