Diisytihar muflis, calon PKR akui kesilapan sendiri

KEPALA BATAS: Ketua PPBM Nibong Tebal yang ditolak pencalonannya untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penaga, Sabtu lalu akhirnya mengakui kesilapannya sendiri hingga diisytiharkan muflis.

Yaakob Osman berkata, segalanya berpunca daripada pinjaman kad kredit yang dibuatnya kira-kira 20 tahun lalu.

“Saya mohon maaf banyak-banyak sebab semua ini berlaku akibat kecuaian saya dulu.

“Saya juga tidak mempunyai ruang untuk mengetahui tindakan kebangkarapan telah diambil terhadap saya,” kata Yaakob dalam satu ceramah perdana, di sini malam tadi, lapor Utusan Online.

Ketidaklayakan Yaakob itu sekali gus menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Zain Ahmad (PAS), Yusni Mat Piah untuk kerusi berkenaan.

FB Komen

comments