Tak mampu jaga, ibu bunuh dua anak

Seorang wanita mengaku membunuh dua orang anaknya sebelum membakar mayat mereka disebabkan menanggung terlalu banyak hutang sehingga tidak mampu menyara dua kanak-kanak malang itu.

Elena Karimova, 27, ditahan dan disiasat kerana membunuh dengan cara mencekik anak perempuannya, Khadizha, 4, dan anak lelakinya, Suleiman, 2, di belakang tempat duduk belakang kereta di Nizhny Novgorod, Rusia.

Elena yang menjalankan perniagaan online di Instagram dan mempunyai lebih 21,000 subscribers itu kemudian meletakkan dua mayat anaknya itu dalam bonet belakang dan pulang ke rumah seperti biasa.

Pada keesokan harinya, Elena pergi ke sebuah stesen minyak untuk membeli petrol sebelum membawa mayat anak-anaknya ke dalam kawasan hutan untuk dibakar bagi menghilangkan bukti.

Bimbang perbuatannya dikesan, Elena kemudian membawa mayat anaknya yang rentung itu ke sebuah gudang terbiar untuk dibakar semula pada keesokan harinya.

Bagaimanapun, kejadian itu disedari selepas bomba dipanggil untuk memadamkan kebakaran di gudang tersebut.

Menurut seorang penduduk, Evgeny Katyshev berkata, bomba pada awalnya menyangka ia bangkai anjing yang rentung. Namun selepas mengamatinya, ia merupakan mayat kanak-kanak.

“Mayat itu rentung sepenuhnya dengan hanya satu kaki saja tinggal, menyebabkan agak sukar untuk mengenal pasti jantina mereka,” katanya.

FB Komen

comments