751 pegawai dan anggota polis mula mengundi

KUALA LUMPUR: Sebanyak 751 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula terlibat dengan proses undi pos Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hari ini.

Menurut satu kenyataan dalam Facebook rasmi PDRM, proses pengundian bermula pada pukul 8 pagi di Mes Pegawai Kanan Polis Bukit Aman, di sini.

Selain PDRM, turut terlibat dalam proses undi pos ialah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Penjara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Kesihatan (yang bekerja di hospital dan klinik kerajaan) serta polis bantuan.

Petugas pilihan raya, tentera, pengamal media serta kakitangan sambilan agensi dan jabatan kerajaan yang tidak boleh keluar mengundi pada 9 Mei depan juga terlibat dengan proses pengundian pos.

FB Komen

comments