Umno pecat keahlian Daim, Rafidah dan Rais – KuNan

PUTRAJAYA: Lembaga Disiplin Umno telah memecat tiga veteran Umno yang juga bekas menteri iaitu Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rais Yatim.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika mengesahkan perkara itu berkata, surat pengguguran keahlian mereka telah ditandangani olehnya semalam.

“Saya berada di ibu pejabat Umno semalam dan sudah menandatangani surat pengguguran keahlian mereka.

“Mengikut perlembagaan parti mereka sebagai veteran Umno tahu bahawa tindakan mereka itu salah apabila berceramah di atas pentas pembangkang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini, dipetik Utusan Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan ketiga-tiga bekas menteri terbabit yang kini menyokong pembangkang.

Tambah Tengku Adnan lagi, beliau tidak bertindak berdasarkan ‘cakap-cakap’ sebaliknya sudah memperoleh bukti bergambar.

FB Komen

comments