Azmin dabik dada Selangor hebat di bawah PKR

KUALA LUMPUR: Di sebalik pelbagai permasalahan di Selangor di bawah pentadbiran PKR termasuk krisis air dan skandal tanah di Ijok, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terus mendabik dada mengatakan negeri itu cemerlang sejak 10 tahun lalu.

Bercakap dalam Ceramah Tsunami Rakyat yang dianjurkan di sini malam tadi, beliau terus memainkan sentimen mengangkat Selangor sebagai penyumbang ekonomi terbesar kepada negara.

“Mahu tidak mahu, walaupun Umno terus menyerang tetapi jangan lupa bahawa Selangor merupakan penyumbang terbesar ekonomi negara sebanyak 23 peratus,” katanya, malam tadi.

FB Komen

comments