PM rasmi UTC Keningau

KENINGAU: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Keningau yang telah beroperasi sepenuhnya bagi memberi kemudahan kepada masyarakat di daerah ini dan sekitarnya.

Perdana Menteri berkata, perasmian UTC Keningau itu adalah salah satu janji Barisan Nasional (BN) yang dilaksanakan bagi memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan perkhidmatan terbaik.

“Pembinaan UTC ini merupakan manifestasi kerajaan BN yang sentiasa memikirkan, mencari, merancang dan melaksanakan dasar program inisiatif yang dikhususkan kepada rakyat.

“Selain itu, ia juga menunjukkan bahawa sistem penyampaian maklumat kerajaan kepada rakyat terus dapat di-lonjakkan kepada tahap yang lebih tinggi,” katanya ketika berucap merasmikan UTC tersebut, dipetik Utusan Online hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseh Pairin Kitingan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd. Irwan Serigar Abdullah.

UTC Keningau merupakan UTC ke tiga di bina di Sabah selepas pelancaran UTC Tawau dan mula beroperasi sejak 17 November 2016 lalu dengan menempatkan sebanyak 11 jabatan dan agensi kerajaan termasuk Jabatan Pendafta-ran Negara, Polis Diraja Malaysia dan Kedai Rakyat.

FB Komen

comments