Tilam hangus gara-gara iPhone

Ramai yang gemar mengecas telefon sebelum tidur dan dibiarkan lama sehingga terlebih cas. Tetapi tahukah anda bahawa amalan itu sebenarnya boleh mengundang bahaya?

Seorang wanita yang dikenali sebagai Luo dari Chengdu, China, telah membeli sebuah iPhone 8 Plus 64GB pada 27 Februari lalu secara online dari sebuah syarikat pengedarnya.

Kali pertama menggunakan telefon pintar itu, Luo mendapati iPhone itu terasa cepat panas apabila digunakan terutamanya apabila dia sedang mengecasnya.

Luo kemudian membuat pencarian secara online dan medapati masalah yang dihadapinya itu adalah masalah biasa yang kerap dihadapi oleh pengguna iPhone, lalu menyangka tiada apa-apa yang perlu dirisaukan.

23 Mac lalu kurang dari sebulan menggunakan telefon itu, Luo yang baru sahaja mahu melelapkan mata pada jam 5 pagi, mengecas iPhone itu dan diletakkan di sebelah katilnya sebelum tidur.

Sekitar jam 12 tengah hari, Luo terbangun dan terkejut apabila mendapati iPhone 8 itu berasap dan dia segera mencabut palam pengecas itu dari suis dan memadamkan iPhone tersebut. Malah Luo mendapati tilamnya turut terbakar.

FB Komen

comments